Sunday, March 5, 2017

Ciptaan-Mu






Ya Allah,
Indahnya ciptaan-Mu,
Sungguh tenang saat itu,
Bersama tiupan angin mendayu.

Ya Allah,
Melihat keindahan itu,
Terasa dekat diri ku pada-Mu,
Bagaikan tubuh ku dipeluk erat oleh-Mu.

Ya Allah,
Syukur ku pada-Mu,
Memberi kesempatan itu,
Melihat suasana ciptaan-Mu.

Thursday, February 2, 2017

Tatapan Diriku

Bila ada yang tersakiti,
Kau tahu diri kau tidaklah sempurna.
Sedangkan hati mereka kau mampu lukakan,
Apatah lagi hati sendiri bukan?

Tidak mengapa,
Allah juga masih setia bersama,
Saat diri diuji Allah menyapa,
Carilah Dia sebagai pengubat jiwa.

Memaafkan itu, bukanlah satu pengorbanan. Tetapi ia merupakan satu didikan. Bagaimana kita didik hati kita, didik diri kita untuk ikhlas dalam memaafkan. Itulah kehidupan. Hidup ini perlu saling menerima. Baik buruk aku terima. Salah silap aku terima. Tak pernah sekali aku hampa, walau jiwa dan raga terseksa. Kerana apa? Kerana belaian kasih dan sayang yang ikhlas kerana-Nya 😊

Salam Ukhwah Lillahi Taala ❤

Wednesday, January 25, 2017

Saat Itu

Saat itu,
Perasaan itu tiba,
Tanpa diminta tanpa diduga.

Saat itu,
Ia menyapa hatiku,
Terdetik di fikiran ianya rindu.

Saat itu,
Hanya Tuhan yang tahu,
Betapa rindu ku padamu.

Saat itu,
Tuhan menduga hatiku,
Terus leka atau mencari-Nya.

Salam Rindu ☺

Monday, January 9, 2017

Selamat Tahun Baru 2017



BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Assalamualaikum ☺
Selangkah lagi kita diberi peluang ke tahun baharu masihi. Semoga segala impian dan azam dapat terus diusahakan sehingga berjaya. Alhamdulillah, bersyukur juga kepada Allah, kerana masih memberi kita sebagai hamba untuk menikmati dunia ini sambil mencari dan menggali redha dan keberkatan-Nya. Semoga pada tahun ini, kita dapat menjadi lebih baik dan terbaik berbanding yang sebelumnya.

Selamat Tahun Baru 2017 ☺
Semoga Allah merahmati dan memberkati setiap nafas kita di dunia ini.