Thursday, February 2, 2017

Tatapan Diriku

Bila ada yang tersakiti,
Kau tahu diri kau tidaklah sempurna.
Sedangkan hati mereka kau mampu lukakan,
Apatah lagi hati sendiri bukan?

Tidak mengapa,
Allah juga masih setia bersama,
Saat diri diuji Allah menyapa,
Carilah Dia sebagai pengubat jiwa.

Memaafkan itu, bukanlah satu pengorbanan. Tetapi ia merupakan satu didikan. Bagaimana kita didik hati kita, didik diri kita untuk ikhlas dalam memaafkan. Itulah kehidupan. Hidup ini perlu saling menerima. Baik buruk aku terima. Salah silap aku terima. Tak pernah sekali aku hampa, walau jiwa dan raga terseksa. Kerana apa? Kerana belaian kasih dan sayang yang ikhlas kerana-Nya 😊

Salam Ukhwah Lillahi Taala ❤