Thursday, December 25, 2014

Kamu --

Melepaskan rasa, bahagia dan gembira,
Suka dan duka menjadi perkara biasa,
Dengan berjuta harapan yang diberikan,
Supaya menjadi ikhlas dalam persahabatan.

Ribut dan taufan yang datang melanda,
Harungi dengan penuh tenang dan reda,
Hanya Allah dapat menyatukan dan memisahkan,
Persahabatan terus kekal walau adanya rintangan.

Pernemuan tanpa dirancang dan diiginkan,
Perpisahan tanpa kehendak dan kemahuan,
Senang itu sentiasa ada bersama susah,
Susah itu sentiasa bersama walaupun senang.

Andai perpisahan menjemput dahulu,
Relakanlah dengan hati yang ikhlas,
Biarkan perpisahan ini terus berlaku,
Supaya keindahan persahabatan terus terbalas.

Susah dan senang tiada tandingan,
Mencurah kasih mahupun sayang,
Kebahagiaan bersama terus tersimpan,
Menjadi keindahan pada masa akan datang

Jika tahu siapakah kamu,
Kamu tahulah siapa diriku,
Tanpa memaksa untuk mengenali diriku,
Kerana dirimu lebih berharga daripada diriku.

Kamu ada bila gembira,
Kamu juga ada bila duka,
Semua dirasa kongsi bersama,
Sedih dan bahagia semakin terasa.

Sayang KAMU dunia dan akhirat..
In Shaa Allah, kita bertemu di Syurga Allah 💕

Wednesday, December 24, 2014

Ayuh Bangkit!

Bismillahirrahmanirrahim

Semakin dunia meningkat ke arus kemodenan, kenapa masih ramai manusia mempunyai kelemahan dalam fikiran mereka? Kenapa masih ramai manusia mempunyai sikap dan tingkah laku  yang masih lemah untuk berada dalam dunia kemodenan ini? Bukan untuk dibanggakan tetapi sebagai perkara yang perlu difikirkan.
Manusia semestinya tidak pernah lari daripada melakukan kesilapan sama ada kecil mahupun besar tetapi manusia dianugerahkan akal dan fikiran untuk berfikir sama ada perkara itu positif atau negatif dan boleh membezakan antara kebaikan dan keburukan. Semestinya kita sebagai manusia iaitu Hamba Allah yang lemah malu apabila akhlak yang dipamerkan tidak boleh diterima umum.

Di dunia kemodenan ini, manusia terlalu sibuk mengejar kekayaan, terlalu sibuk mengejar cinta, terlalu sibuk dengan hal-hal dunia yang hanya membuang masa. Tidak salah untuk sibuk dalam mengejar hal dunia, tetapi hal kita bersama Allah perlu juga diambil berat. Tanpa Allah, walau jauh kita berlari mengejar sesuatu itu pasti kita tidak akan dapat dengan sempurna tanpa mengingati Allah yang memberi rezeki kepada manusia.

Sikap manusia yang pelbagai ini membuatkan pemikiran mereka juga menjadi lemah tanpa diasah. Terlalu banyak merungut dan memberi alasan dalam kehidupan mereka membuatkan pemikiran mereka terbiasa dengan perkara yang akan terjerumus kepada perkara negatif.  Tidakkah kita pernah terfikir apabila kita bersikap malas, perkara negatif terus mencemarkan akal kita itu.

Jadi, bangkitlah! Jangan pernah berputus asa, jangan pernah merungut kerana setiap apa yang kita lakukan itu akan melahirkan kejayaan yang sempurna. Jangan tanamkan perkara negatif yang boleh merosakkan kehidupan kita. Sentiasa bersangka baik dan berfikiran positif supaya tiadanya perasaan iri hati dan bangga diri dalam kehidupan kita ini. Allah perlu sentiasa di hati supaya Allah meredai dan memberkati kehidupan kita di dunia dan akhirat.

Andai lupanya kita pada Allah, ke manakah kejayaan kita pada masa akan datang.. Renung-renungkan.. Biarlah susah di dunia yang sementara ini supaya senang di akhirat yang kekal selamanya.. :)

AYUH BANGKITLAH! JANGAN BIARKAN DIRIMU DITENGELAMI KELEMAHAN! BANGKITLAH WAHAI MANUSIA! SESUNGGUHNYA KEJAYAAN PASTI AKAN SEMPURNA DENGAN KEREDAAN ALLAH..

♥ USAHA ♥ DOA ♥ TAWAKKAL

Wednesday, December 10, 2014

Hidup --

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
 ASSALAMUALAIKUM & SALAM SEJAHTERA

Hidup aku sudah cukup bahagia di samping keluarga dan para sahabat. Bahagia itu datang apabila Allah meredai dan memberkati perhubungan itu. Sesungguhnya Cinta dan Kasih Sayang aku kepada keluarga dan para sahabat ikhlas kerana Allah. Tiada apa yang boleh menghalang perasaan itu melainkan atas kehendak Allah sendiri. Aku bersyukur dengan apa yang telah Allah kurniakan kepada aku. Hidupku dan Matiku hanyalah kerana Allah. Hidup di dunia ini hanyalah sementara. Hidup di akhirat sana kekal selamanya. Aku hanya mampu berdoa agar Allah sentiasa melindungi diri ku, keluargaku serta para sahabatku daripada segala ancaman bahaya. Aku terlalu sayangkan mereka. Aku terlalu cintakan mereka. Hanya Allah sahaja tahu bertapa sayang dan cintanya aku kepada mereka. Aku tidak memerlukan emas mahupun permata tetapi cukuplah keluarga dan para sahabat ada di sisiku andai susah dan senangku di dunia ini. Andai aku terlalu lemah dan tidak berupaya, hanya Allah sahaja yang dapat membantu dalam setiap ujian dan dugaan yang aku terima. Allah tidak akan memberi dugaan itu sekiranya kita tidak mampu. Hanya pohonlah kekuatan untuk mengharunginya dengan keyakinan dan semangat yang kental. Hidup ini bukanlah hanya untuk berputus asa dan berserah. Usaha untuk berjaya adalah kunci kehidupan yang bahagia. Hidup bagaikan roda yang berpusing. Sekejap kita berada di atas, sekejap kita berada di bawah. Hargai kehidupan ini dengan keredaan Allah supaya kebahagian bukan sahaja di dunia malah di akhirat sana juga tersana nikmat bahagianya..

Allah merupakan tempat mengadu yang terbaik andai susah dan senang yang dirasa kerana Allah lebih memahami isi hati dan perasaan kita. Ingat Allah setiap masa supaya Allah juga mengingati kita. Allah sentiasa ada bersama kita dikala susah dan senangnya kita. Keep Calm And Remember Allah :)

Tuesday, December 9, 2014

Sahabat & Teman ♥

Assalamualaikum & Salam Sejatera

Sahabat dan Teman,
Saling memahami dan mengenali antara satu sama lain. Biarpun diri kecewa, mereka ada bersama dikala suka dan duka. Musnahnya sebuah harapan, mereka membantu membina sebuah harapan yang baharu. Tidak mengenal erti putus asa dan tidak hanya berserah tanpa usaha. Walau ribut melanda, lautan yang bergelora, Sahabat dan Teman sentiasa bersama dikala susah mahupun senang kerana bahagia yang dirasa, mereka juga terasa, kesedihan yang diterima, mereka juga terima. Biarlah mereka diluar berkata apa, perjanjian dalam persahabatan tidak akan luntur dan sentiasa terpahat di hati dan sanubari. Bukan mudah untuk kehilangan mereka sebagai sahabat dan teman.

Sahabat,
Andai suatu hari nanti kita terpisah, jangan pernah engkau menangis dalam kesedihan. Terimalah perpisahan kita ini sebagai takdir Allah yang Maha Esa. Jangan engkau mengalah, jangan engkau berputus asa.. Mungkin kita tidak bersama di hadapan mata, tetapi kita tetap bersama di hati dan sanubari. Biarkan orang mengata, kita tetap bahagia. Andai susah, jangan mengalah. Kuatkan diri mengharungi liku-liku kehidupan ini. Susah hanya di dunia, tetapi senang di akhirat, In Shaa Allah.. :)

Teman,
Andai suatu hari nanti aku pergi selamanya, jangan engkau bersedih dan meraung dalam tangisan. Relakan aku pergi --
Penemuan kita dalam hubungan persahabtan di dunia sudah cukup berharga untuk kita membawanya bersama ke Syurga Allah. Jangan bersedih, Allah perancang yang terbaik. Cukuplah Allah meredai persahabatan kita.. In Shaa Allah, kita berjumpa di akhirat sana menuju ke Syurga bersama. Kuakan diri, tabahkan hati, semoga Allah memberkati kehidupan kita di dunia ini. :')
____________________________________________

HANYA SATU YANG ENGKAU PERLU TAHU, PERSAHABATAN KITA INI ADALAH IKHLAS KERANA ALLAH SWT. ANDAI ALLAH MERESTUI PERSAHABATAN KITA INI, KITA PASTI BAHAGIA DUNIA DAN AKHIRAT. KASIH SAYANG ANTARA KITA SEBAGAI SAHABAT, TIDAK PERNAH LUNTUR DI HATI MALAH SEMAKIN MEMBARA KASIH SAYANG ITU. JANGAN LUPAKAN AKU, INGAT AKU DALAM SETIAP DOAMU.. :)

Saturday, December 6, 2014

Sempurna --

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Manusia mana yang sempurna? Andai ada yang sempurna, sudah pasti terlalu ramai manusia melupakan Allah.. Kita sebagai hamba-Nya, hanya mampu berdoa untuk sempurna hanya di hadapan Allah bukan di hadapan manusia.. Jika sempurnanya kita di mata manusia, perasaan riak dan berbangga diri akan timbul.. Lebih ramai bersifat iri hati. 

Kalau terasa diri itu sempurna, buktikan kesempurnaan diri itu. Sentiasa ingat Allah.. Tidak perlu merendah-rendahkan orang lain.. Walau siapa pun diri kita, sempurna mana pun diri kita, Kita tetap HAMBA ALLAH yang lemah dan hina di hadapan-Nya.. Manusia mana yg tidak melakukan kesilapan, dosa. Fikir-fikirkanlah.. Allah sentiasa mengampunkan dosa hamba-Nya. Janganlah bersikap terlalu sempurna di dunia ini kerana sempurna di akhirat sana lebih baik dan lebih indah. Di dunia, carilah pahala dan amal untuk menyuluh kehidupan kita di akhirat sana nanti supaya mudah untuk ke Syurga Allah.. 

Beramal sambil berhibur, barulah sempurna kehidupan itu.. :)

Thursday, December 4, 2014

Hari Esok --

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Sedarlah wahai teman dan sahabat, 
Masa yang lalu tidak akan berulang. Hari esok penentu masa hadapan. Terus bangun dan berdiri. Berjuang demi diri sendiri. Kejayaan tidak mungkin menunggu tanpa dikejar. Usaha tidak akan berlaku tanpa daya. Kuatkan diri mengharungi hari berikutnya yang penuh dengan liku-liku kehidupan.

Andai tiada usaha untuk hari esok,
Ke mana kejayaan kita itu.. Ke mana harapan kedua ibu bapa itu..
Putus asa racun segala kejayaan. Usaha penawar segala kejayaan.
Walau di mana kita berdiri, di mana kita jejak.. Putus asa bukan jalan penyelesaian untuk kehidupan yang berjaya mahupun dunia, mahupun akhirat. Allah sentiasa bersama kita, andai lemah, mohonlah kekuatan. Andai susah, mohonlah senang. Siapalah kita andai berjaya tanpa doa kepada Allah dan doa ibu bapa kepada kita. Biarlah bersusah di dunia, tetapi bersenang lenang di akhirat sana, In Shaa Allah..

Eratkan hubungan dengan Allah, kejayaan pasti milik kita. Jangan mudah putus asa, kejayaan sentiasa ada. Sabarlah wahai teman.. :)

NILAI PERSAHABATAN



Dahulu,
Dari Kaca Kita Garap Permata,
Dari Rindu Kita Semaikan Sayang,
Dari Kasih Kita Lontarkan Pilu,
Dari Mata Kita Tuluskan Ke Hati,
Dari Bicara Kita Maniskan Kata,
Kita Simpul Segalanya,
Menjadikan Ianya Mahkota Mulia.

Sekarang,
Kemesraan Mula Ketandusan,
Menguji Kesabaran,
Kehambaan Hati Menjadi Jemputan,
Hadirlah Kedukaan,
Jenguklah Kesengsaraan,
Datanglah Segalanya,
Kita Tewas Mencaturnya,
Maka Terbinalah Haluan Sendiri.
Kini,
Pada Allah Kita Pohon Ihsan,
Jangan Lagi Mencecah Hati,
Biarkanlah Kami Bersendirian,
Untuk Menghadapi Sendiri,
Liku Hidup Yang Ditakdirkan,
Agar Keikhlasan Ikatan Yang Dijalani,
Takkan Terpadam Atas Alasan,
Membina Kehidupan,
Yang Lebih Bererti...

PERSAHABATAN & PERCINTAAN



Bermusim Persahabatan Beralun,
Tersenyum Menurut Alunan Rasa,
Walau Tersembunyi Derita,
Setia Menanti Bahagia,
Akhirnya Ia Di Badai Ombak,
Persahabatan Bermusim Retak,
Sepi Tanpa Angin,
Lesu Tanpa Cahaya.

Persahabatan Adalah Harapan,
Tak Perduli Masa Silam,
Hanya Memandang Depan,
Kini Mendampa Bahagia,
Pada Nadi Tercinta,
Semoga Terlaksana Kata,
Taat Turuti Hati,
Agar Segala Menjadi.

TEMAN



Teman,
Perkenalan Pada Mulanya Sebagai Seorang Sahabat,
Tidak Lebih Dari Itu,
Kau Dan Aku Sama-Sama Perasan Yang Kita Banyak Persamaan,
Antara Perangai Dan Minat.

Teman,
Hadirmu Menyinari Kehidupanku Yang Selama Ini Kelam,
Kau Beri Aku Nasihat Dan Dorongan Supaya Tabah Mengharungi
Kehidupan Di Dunia Yang Banyak Dugaan Ini,
Kau Sungguh Baik.
Sedihku,Sedihmu Jua,
Gembiraku,Gembiramu Jua,
Aku Bangga Mendapat Teman Sepertimu,
Terima Kasih Atas Doronganmu Padaku,
Yang Mendewasakan Aku Dari Hari Ke Hari,
Terima Kasih Temanku...