Wednesday, December 24, 2014

Ayuh Bangkit!

Bismillahirrahmanirrahim

Semakin dunia meningkat ke arus kemodenan, kenapa masih ramai manusia mempunyai kelemahan dalam fikiran mereka? Kenapa masih ramai manusia mempunyai sikap dan tingkah laku  yang masih lemah untuk berada dalam dunia kemodenan ini? Bukan untuk dibanggakan tetapi sebagai perkara yang perlu difikirkan.
Manusia semestinya tidak pernah lari daripada melakukan kesilapan sama ada kecil mahupun besar tetapi manusia dianugerahkan akal dan fikiran untuk berfikir sama ada perkara itu positif atau negatif dan boleh membezakan antara kebaikan dan keburukan. Semestinya kita sebagai manusia iaitu Hamba Allah yang lemah malu apabila akhlak yang dipamerkan tidak boleh diterima umum.

Di dunia kemodenan ini, manusia terlalu sibuk mengejar kekayaan, terlalu sibuk mengejar cinta, terlalu sibuk dengan hal-hal dunia yang hanya membuang masa. Tidak salah untuk sibuk dalam mengejar hal dunia, tetapi hal kita bersama Allah perlu juga diambil berat. Tanpa Allah, walau jauh kita berlari mengejar sesuatu itu pasti kita tidak akan dapat dengan sempurna tanpa mengingati Allah yang memberi rezeki kepada manusia.

Sikap manusia yang pelbagai ini membuatkan pemikiran mereka juga menjadi lemah tanpa diasah. Terlalu banyak merungut dan memberi alasan dalam kehidupan mereka membuatkan pemikiran mereka terbiasa dengan perkara yang akan terjerumus kepada perkara negatif.  Tidakkah kita pernah terfikir apabila kita bersikap malas, perkara negatif terus mencemarkan akal kita itu.

Jadi, bangkitlah! Jangan pernah berputus asa, jangan pernah merungut kerana setiap apa yang kita lakukan itu akan melahirkan kejayaan yang sempurna. Jangan tanamkan perkara negatif yang boleh merosakkan kehidupan kita. Sentiasa bersangka baik dan berfikiran positif supaya tiadanya perasaan iri hati dan bangga diri dalam kehidupan kita ini. Allah perlu sentiasa di hati supaya Allah meredai dan memberkati kehidupan kita di dunia dan akhirat.

Andai lupanya kita pada Allah, ke manakah kejayaan kita pada masa akan datang.. Renung-renungkan.. Biarlah susah di dunia yang sementara ini supaya senang di akhirat yang kekal selamanya.. :)

AYUH BANGKITLAH! JANGAN BIARKAN DIRIMU DITENGELAMI KELEMAHAN! BANGKITLAH WAHAI MANUSIA! SESUNGGUHNYA KEJAYAAN PASTI AKAN SEMPURNA DENGAN KEREDAAN ALLAH..

♥ USAHA ♥ DOA ♥ TAWAKKAL

No comments:

Post a Comment