Terbanglah setinggi mana,
Akhirnya daratan dicarinya.
Galilah sedalam-dalamnya,
Penamatnya hanya perlu usaha.
Makanlah sekenyang mana,
Air juga yang diperlukannya.
Asahlah setajam-tajamnya,
Jika hanya mahukan dosa.
Taubatlah seikhlas-ikhlasnya,
Allah pasti menerimanya.
Cerialah sementara ada,
Sedih juga ada bersama.
Tangislah sepuas-puasnya,
Andai rasa kebahagiaannya.
Biarlah hati yang luka,
Itu hanya perkara biasa.
Hidup umpama air di dunia,
Pasti ada pasang dan surutnya.
Inikan pula dirimu Manusia,
Pasti ada susah dan senangnya.
Hanya Allah yang berkuasa,
Pohonlah andai kau bersedia.
Allah pasti ada,
Kita hanyalah hamba.
:)
Tuesday, February 17, 2015
Sunday, February 15, 2015
Kurniaan Ilahi
Bersyukur dengan kurniaan ini,
Dalam ketawa sentiasa bersama,
Sedang kecewa masih bersama,
Kaulah sahabat kurniaan Ilahi.
Jiwa dan raga kau semai bersama,
Tanpa alasan mulut diperkata,
Janji bersama memunggah dunia,
Yang penuh halangan dan pancaroba.
Kasih diberi sayang dibalas,
Ceriakan hari indah bersama,
Ujian meninmpa sama digalas,
Bahagia dirasa hingga ke Syurga.
Walau pepisahan menghalang kita,
Tidak dilupa budi dan jasa,
Kaulah teman dan juga cinta,
Tetap bersama selama-lamanya.
:)
Dalam ketawa sentiasa bersama,
Sedang kecewa masih bersama,
Kaulah sahabat kurniaan Ilahi.
Jiwa dan raga kau semai bersama,
Tanpa alasan mulut diperkata,
Janji bersama memunggah dunia,
Yang penuh halangan dan pancaroba.
Kasih diberi sayang dibalas,
Ceriakan hari indah bersama,
Ujian meninmpa sama digalas,
Bahagia dirasa hingga ke Syurga.
Walau pepisahan menghalang kita,
Tidak dilupa budi dan jasa,
Kaulah teman dan juga cinta,
Tetap bersama selama-lamanya.
:)
Bahagia--
Biarlah bahagia yang kau rasa,
Walau hati ini kecewa dan terseksa,
Biarlah sedih dan duka yang menimpa,
Kerana itulah bahagia yang aku rasa.
Aku bantu sekadar termampu,
Janji bahagia yang kau temu,
Jangan biarkan dirimu jemu,
Melayan diriku yang membantu.
Biarlah harapan pergi menjauh,
Aku tidak mampu menahan pilu,
Cukup tangisan yang ingin kukuh,
Hanya bahagia perlu aku temu.
Terlalu banyak luka yang dirasa,
Kini bahagia yang aku perlu,
Jauhlah pergi wahai luka,
Bahagia dekatilah aku.
Selamat tinggal setiap kecewa,
Biarlah hati berubah kini,
Selamat datang wahai bahagia,
Semaikan benihmu di hati ini.
Walau hati ini kecewa dan terseksa,
Biarlah sedih dan duka yang menimpa,
Kerana itulah bahagia yang aku rasa.
Aku bantu sekadar termampu,
Janji bahagia yang kau temu,
Jangan biarkan dirimu jemu,
Melayan diriku yang membantu.
Biarlah harapan pergi menjauh,
Aku tidak mampu menahan pilu,
Cukup tangisan yang ingin kukuh,
Hanya bahagia perlu aku temu.
Terlalu banyak luka yang dirasa,
Kini bahagia yang aku perlu,
Jauhlah pergi wahai luka,
Bahagia dekatilah aku.
Selamat tinggal setiap kecewa,
Biarlah hati berubah kini,
Selamat datang wahai bahagia,
Semaikan benihmu di hati ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)