Sunday, February 15, 2015

Bahagia--

Biarlah bahagia yang kau rasa,
Walau hati ini kecewa dan terseksa,
Biarlah sedih dan duka yang menimpa,
Kerana itulah bahagia yang aku rasa.

Aku bantu sekadar termampu,
Janji bahagia yang kau temu,
Jangan biarkan dirimu jemu,
Melayan diriku yang membantu.

Biarlah harapan pergi menjauh,
Aku tidak mampu menahan pilu,
Cukup tangisan yang ingin kukuh,
Hanya bahagia perlu aku temu.

Terlalu banyak luka yang dirasa,
Kini bahagia yang aku perlu,
Jauhlah pergi wahai luka,
Bahagia dekatilah aku.

Selamat tinggal setiap kecewa,
Biarlah hati berubah kini,
Selamat datang wahai bahagia,
Semaikan benihmu di hati ini.

No comments:

Post a Comment