Thursday, January 8, 2015

Kata - Kata

DENGAN KATA MENCIPTAKAN GEMBIRA → DENGAN KATA MENINGGALKAN LUKA

Lidah yang tajam umpama anak panah menusuk ke jiwa. Terkadang gembira tanpa tersedar yang hati terluka. Gembira yang kian terasa kini menjadi tidak semena sentiasa ada luka yang bersemuka. Luka yang tidak mudah untuk diselindung, terpamer sepi di setiap mata. Menjadi hinaan dan bahan ketawa buat mereka yang entah mana hadirnya. Tidak pernah bersemuka pabila gembira tetapi bersemuka ketika sedang terluka. Apakah tiada sifat belas dan kasihan?

Tidak mengapa.  Kata-kata yang kau tinggalkan menjadi satu keindahan kerana kesabaran dan ketenangan. Tidak usah difikirkan dan diingatkan kerana itu semua hanyalah ujian yang akhirnya kembali kepada mereka. Sampai bila gembira itu akan setia bersama tanpa duka yang semakin hampiri denga tiada semaikan sifat belas dan kasihan. Bahagia yang dikecapi akan melayang di hadapan mata tanpa rasa sedikit pun mahu kembali. 

Hanya keampunan dan kemaafan akan menyimpan bahagia dan gembira. Biarkan kata menyerap ke jiwa supaya bahagia terus ada. Biarlah mereka berkata apa kerana bahagia mereka milik kita. Tidak ada apa untuk mereka kecapi dengan memusnahkan hati dan juga jiwa manusia yang dihina. Putarlah masa andai boleh dicuba tetapi bahagia tetap dilupa tanpa redha.

Terbanglah setinggi langit untuk berlari mencapai gembira dan juga bahagia dengan kata seindah pelangi dan mentari. Biarlah dunia mencemar diri kerana Tuhan (Allah) sentiasa di sisi. Biarlah jauh diduduki kerana Tuhan (Allah) tahu kenapa diri diperbaiki. 

Kata yang gembira dapat mengubat jiwa yang terluka. Walau hati dicincang dan diseksa, biarkan dengan ketenangan dan kesabaran. Kata-kata mencipta suka ataupun duka. Berhati-hati dengan kata-kata itu yang boleh melahirkan dosa yang percuma. Kuatlah hati, Kuatlah iman. Andai payah, Tuhan ada bersama. Tidak ada yang senang sebelum susah. :)

A Z I ~

No comments:

Post a Comment