Sunday, January 4, 2015

2015


Bismillahirrahmanirrahim
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah kerana memberi kita peluang untuk meneruskan kehidupan di tahun baharu masihi. Semoga tahun baharu ini akan lebih indah dalam setiap suka dan duka mengharungi liku-liku kehidupan yang serba mudah dan senang di zaman yang semakin meningkat ke arus kemodenan. Setiap susah dan senang dalam tahun sebelum kini menjadi satu kenangan buat kehidupan masing-masing. Memperbetulkan setiap kesilapan yang telah dilakukan, berubah menjadi yang lebih baik dan mengejar keredaan Allah di dunia ini supaya mencapai kejayaan dunia dan akhirat. Buangkan segala keburukan. Yakin dan percaya pada diri dan tepiskan semua anasir-anasir negetif yang orang lain sampaikan. Kekuatan kita ada bersama Allah. Tiada istilah menyerah sebelum berjuang dalam kehidupan ini. Tiada istilah berputus asa sebelum berusaha. Percayalah! Sesungguhnya manusia mempunyai kekuatan yang cukup untuk menghadapi segala kesusahan di dunia ini. Hanya memohon kepada Allah. Allah itu Maha Mendengar. Hanya percaya dan yakin. Kita tidak pernah beseorangan kerana Allah sentiasa ada menemani kita dalam bahagia dan duka kita. Setianya Allah kepada kita.

Sempena 2015 ini iaitu Tahun Baharu Masihi, berubahlah. Setiap apa yang kita lakukan dengan ikhlas kerana Allah, sudah dikira sebagai kebaikan. Walaupun hanya memasak tetapi ikhlas kerana Allah, ia dikira kebaikan. In Shaa Allah, kita buang yang keruh, ambil yang jernih. Biarkan luka meninggalkan diri supaya bahagia terus mendekati. Selamat Tahun Baharu! Berubah ke arah kebaikan. Allahu.. Selamat Beramal. :)

No comments:

Post a Comment