Wednesday, January 7, 2015

Keikhlasan Dalam Persahabatan

Jika kau sahabat,
Salah boleh diampunkan,
Silap boleh dimaafkan,
Walau susah diterima di hati,
Kerana sahabat bahagia menanti,
Susah mana tanpa mereka,
Luka mana tiada mereka.

Biar jauh disudut mata,
Keikhlasan mengubat segalanya,
Kerana hati tetap bersama,
Walau duka dekati suka,
Biarlah hati terseksa kerana mereka,
Kerana keikhlasan membawa bahagia,
Mengubati segala calar dan luka.

Jika kau teman,
Pasti bersama di dalam jiwa,
Walau cinta yang ada,
Mereka lebih utama daripada cinta,
Lebih menghargai dan disayangi,
Tidak pernah lupa walau sesaat ini,
Kerana kasih dan sayang yang diberi.

Kau hanya memahami,
Tetapi kau tetap menghargai,
Cinta yang dibina ditolak tepi,
Membantu setiap sepi di hati,
Ceriakan setiap hari-hari yang sunyi,
Melabuhkan tirai yang sepi,
Demi bahagia untuk dikecapi.

Keikhlasan ini aku hargai,
Kerana aku inginkan Tuhan redai,
Persahabatan ini setia berjanji,
Kasih bersama yang dikongsi,
Pinjaman Tuhan yang diberi,
Akan aku semaikan di dalam sanubari,
Kau sentiasa bersama walau banyak dilupai.

Terima kasih atas ikhlas itu,
Semoga Allah membalas mu,
Tidak terkira jasa mu itu,
Walau beribu lautan dan batu,
Belum tentu cukup untuk jasa mu,
Persahabatan terus kekal dalam situ,
Supaya bertemu di pengakhiran itu.

-AZI ♪♫♪♫


No comments:

Post a Comment