Friday, March 27, 2015

Setia--

Setianya kau dalam percintaan,
Membuktikan kesetiaan terhadap perempuan.

Tetapi--
Sampai bila kesetiaan dapat berkekalan..

Setianya kau dalam persahabatan,
Menyemai budi kebaikan dan juga harapan.

Tetapi--
Apalah guna setia jika musnahnya harapan.

Setianya kau terhadap manusia,
Menewaskan segalanya daripada yang biasa.

Tetapi--
Adakah kau setia juga bersama Allah..

Setia bukan untuk diperkata,
Malah untuk kau merasakannya.

Setia bukan sahaja untuk manusia,
Malah perlu juga untuk  Sang Pencipta.

A Z I ~ 💕

Monday, March 16, 2015

Aku Ada--

Lagaknya kau meninggi,
Tidak beringat yang bawah,
Melupakan segala kasih sayang,
Demi kebahagiaan kau kecapi kini.

Mencari setiap apa yang perlu,
Meninggalkan andai tidak memerlukan,
Menghampakan hati yang mengharapkan,
Tetapi kau tewas untuk berundur mecariku.

Biarlah,
Andai nanti perlukan,
Kau tahu mana kedudukanku,
Kau tahu mana aku.

Aku sedia ada,
Aku sentiasa ada,
Andai kau susah,
Andai kau senang.

:)

Thursday, March 5, 2015

Dirimu--

Andai kau percaya,
Kau pasti bahagia.

Andai kau yakin,
Kau pasti berjaya.

Berjaya,
Bukan hanya dunia,
Akhirat perlu juga.

Andai kau kental,
Kau pasti tabah.

Andai kau bersemangat,
Kau tidak akan lemah.

Kelemahan,
Pasti ada jalan kekuatan,
Ketabahan,
Pasti ada di sudut jiwa.

Dirimu,
Penentu hidupmu.

Susahnya hari ini,
Pasti senang akan datang,
Jangan putus asa dan mengalah,
Kejayaan ada dalam setiap usaha.

Percaya dan Yakinlah yang baik,
Tuhan tahu yang terbaik,
Kau juga mahu yang terbaik,
Sampai masa kau adalah yang terbaik.

Ingatlah

Andai kau rasa hari ini, kau sudah cukup berjaya? Fikir semula.. Berjayanya kau hari ini, atas keizinan Allah, atas doa ibu ayah, atas doa para guru, atas doa sahabat. Tetapi fikir juga, adakah kau bersyukur dengan berjayanya kau hari ini? Apa tanda diri kau bersyukur?

Andai kau berjaya hari ini, ingatlah ada orang yang lebih berjaya. Andai kau lemah hari ini, ingatlah ada orang yang lebih lemah.

Bila sudah berjaya, ibadat jangan lupa. Bersyukurlah kepada Allah. Berterima kasihlah pada ibu ayah, guru-guru, para sahabat.

Berjayanya kita hari ini, itu semua atas pinjaman Allah. Andai Allah mahu menarik semula, "Kun Fa Ya Kun", Allah boleh sahaja lakukan. Allah maha Berkuasa. Allah maha Adil.

Bersyukurlah umat manusia.. Tidak rugi dengan hanya menyebut " ALHAMDULILLAH " sudah cukup menandakan tanda kesyukuran.

Ingatlah, kejayaan buat diri kita sudah lama Allah tetapkan. Cuma belum tiba masanya lagi.. Rezeki Allah sangat meluas. Seluas-luas langit dan bumi, seluas-luas juga rezeki Allah ini.

Monday, March 2, 2015

Hari Ini--

Hari ini,
Mungkin bahagia yang kau terima,
Tetapi bukanlah untuk selamanya.

Hari ini,
Yang gembira menjadi duka,
Tetapi hanyalah sementara.

Hari ini,
Kekuatan cukup untuk melangkah,
Tetapi tertewas di pertengahan.

Hari ini,
Kecewa yang menimpa,
Tetapi bahagia terselindung disebaliknya.

Hari ini,
Sedih yang dirasa,
Biarlah lepaskan semuanya.

Hari ini,
Kejayaan milik kita,
Jangan dilupa kepada Sang Pencipta.

Hari ini,
Dunia yang dibanggakan,
Ingatlah itu hanya sementara.

Hari ini,
Kesempatan masa masih ada,
Ingatlah akhirat yang kekal di sana.

Manusia,
Hari ini, Hari esok dan selamanya,
Engkau tetap hamba-Nya.