Andai kau rasa hari ini, kau sudah cukup berjaya? Fikir semula.. Berjayanya kau hari ini, atas keizinan Allah, atas doa ibu ayah, atas doa para guru, atas doa sahabat. Tetapi fikir juga, adakah kau bersyukur dengan berjayanya kau hari ini? Apa tanda diri kau bersyukur?
Andai kau berjaya hari ini, ingatlah ada orang yang lebih berjaya.
Andai kau lemah hari ini, ingatlah ada orang yang lebih lemah.
Bila sudah berjaya, ibadat jangan lupa. Bersyukurlah kepada Allah. Berterima kasihlah pada ibu ayah, guru-guru, para sahabat.
Berjayanya kita hari ini, itu semua atas pinjaman Allah. Andai Allah mahu menarik semula, "Kun Fa Ya Kun", Allah boleh sahaja lakukan. Allah maha Berkuasa. Allah maha Adil.
Bersyukurlah umat manusia.. Tidak rugi dengan hanya menyebut " ALHAMDULILLAH " sudah cukup menandakan tanda kesyukuran.
Ingatlah, kejayaan buat diri kita sudah lama Allah tetapkan. Cuma belum tiba masanya lagi.. Rezeki Allah sangat meluas. Seluas-luas langit dan bumi, seluas-luas juga rezeki Allah ini.
No comments:
Post a Comment