Thursday, January 8, 2015

Kata - Kata

DENGAN KATA MENCIPTAKAN GEMBIRA → DENGAN KATA MENINGGALKAN LUKA

Lidah yang tajam umpama anak panah menusuk ke jiwa. Terkadang gembira tanpa tersedar yang hati terluka. Gembira yang kian terasa kini menjadi tidak semena sentiasa ada luka yang bersemuka. Luka yang tidak mudah untuk diselindung, terpamer sepi di setiap mata. Menjadi hinaan dan bahan ketawa buat mereka yang entah mana hadirnya. Tidak pernah bersemuka pabila gembira tetapi bersemuka ketika sedang terluka. Apakah tiada sifat belas dan kasihan?

Tidak mengapa.  Kata-kata yang kau tinggalkan menjadi satu keindahan kerana kesabaran dan ketenangan. Tidak usah difikirkan dan diingatkan kerana itu semua hanyalah ujian yang akhirnya kembali kepada mereka. Sampai bila gembira itu akan setia bersama tanpa duka yang semakin hampiri denga tiada semaikan sifat belas dan kasihan. Bahagia yang dikecapi akan melayang di hadapan mata tanpa rasa sedikit pun mahu kembali. 

Hanya keampunan dan kemaafan akan menyimpan bahagia dan gembira. Biarkan kata menyerap ke jiwa supaya bahagia terus ada. Biarlah mereka berkata apa kerana bahagia mereka milik kita. Tidak ada apa untuk mereka kecapi dengan memusnahkan hati dan juga jiwa manusia yang dihina. Putarlah masa andai boleh dicuba tetapi bahagia tetap dilupa tanpa redha.

Terbanglah setinggi langit untuk berlari mencapai gembira dan juga bahagia dengan kata seindah pelangi dan mentari. Biarlah dunia mencemar diri kerana Tuhan (Allah) sentiasa di sisi. Biarlah jauh diduduki kerana Tuhan (Allah) tahu kenapa diri diperbaiki. 

Kata yang gembira dapat mengubat jiwa yang terluka. Walau hati dicincang dan diseksa, biarkan dengan ketenangan dan kesabaran. Kata-kata mencipta suka ataupun duka. Berhati-hati dengan kata-kata itu yang boleh melahirkan dosa yang percuma. Kuatlah hati, Kuatlah iman. Andai payah, Tuhan ada bersama. Tidak ada yang senang sebelum susah. :)

A Z I ~

Wednesday, January 7, 2015

Keikhlasan Dalam Persahabatan

Jika kau sahabat,
Salah boleh diampunkan,
Silap boleh dimaafkan,
Walau susah diterima di hati,
Kerana sahabat bahagia menanti,
Susah mana tanpa mereka,
Luka mana tiada mereka.

Biar jauh disudut mata,
Keikhlasan mengubat segalanya,
Kerana hati tetap bersama,
Walau duka dekati suka,
Biarlah hati terseksa kerana mereka,
Kerana keikhlasan membawa bahagia,
Mengubati segala calar dan luka.

Jika kau teman,
Pasti bersama di dalam jiwa,
Walau cinta yang ada,
Mereka lebih utama daripada cinta,
Lebih menghargai dan disayangi,
Tidak pernah lupa walau sesaat ini,
Kerana kasih dan sayang yang diberi.

Kau hanya memahami,
Tetapi kau tetap menghargai,
Cinta yang dibina ditolak tepi,
Membantu setiap sepi di hati,
Ceriakan setiap hari-hari yang sunyi,
Melabuhkan tirai yang sepi,
Demi bahagia untuk dikecapi.

Keikhlasan ini aku hargai,
Kerana aku inginkan Tuhan redai,
Persahabatan ini setia berjanji,
Kasih bersama yang dikongsi,
Pinjaman Tuhan yang diberi,
Akan aku semaikan di dalam sanubari,
Kau sentiasa bersama walau banyak dilupai.

Terima kasih atas ikhlas itu,
Semoga Allah membalas mu,
Tidak terkira jasa mu itu,
Walau beribu lautan dan batu,
Belum tentu cukup untuk jasa mu,
Persahabatan terus kekal dalam situ,
Supaya bertemu di pengakhiran itu.

-AZI ♪♫♪♫


Tuesday, January 6, 2015

Dahulu - Kini - Selamanya

Dahulu,
Kaulah peneman dalam setiap hari yang terluka,
Kaulah peneman dalam setiap hari yang bahagia,

Dahulu,
Kaulah pemberi harapan dan cinta,
Kaulah pengubat hati dan jiwa.

Tetapi,
Adakah akan kekal selamanya.
Adakah setia untuk selamanya.

Tidak mengapa,
Aku sudah cukup dewasa,
Aku sudah cukup terasa.

Mungkin,
Inilah masa untuk perpisahan,
Inilah masa untuk melupakan.

Kini,
Biarlah aku mengundur diri,
Demi bahagiamu yang tersendiri.

Biarkan,
Aku bersendiri,
Melupakan apa yang diingini.

Selamanya,
Kau tetap di hati,
Kau tetap di sanubari.

Kerana,
Bahagia aku adalah bahagiamu,
Bahagiamu adalah bahagia aku.

Cukup,
Kenangan kita tersimpan di jiwa,
Memori bersama tersemat selamanya.

Aku,
Bahagia kerana CINTA,
Bahagia kerana SAYANG.

Cinta,
Biarlah Allah dahulu,
Biarlah Rasul dahulu,
Biarlah Ibu Ayah dahulu
Biarlah yang terlebih dahulu.

Kerana,
Keredaan yang aku perlu,
Keberkatan yang aku mahu.

Sayang,
Biarkan perpisahan ini,
Biarkan pemergiaan ini.

Kerana,
Sayang itu terlalu bermakna,
Sayang itu membawa bahagia.

Selamat Tinggal.
Walau jauh di sudut hati tentang bercinta,
Tetapi itulah mengajar erti Percintaan yang ikhlas dan sebenar.

Dahulu, Mutiara,
Kini, Permata,
Selamanya, Syurga.

Andai Cinta dan Sayang tidak di dunia,
Cinta dan Sayang pasti di Syurga.. :)

- AZI

Sunday, January 4, 2015

Hati Lelaki ♥

Aku seorang manusia,
Mempunyai hati dan juga perasaan,
Setiap bahagia pasti akan terluka,
Tidak mudah difahami dan memahami,
Cukuplah mengetahui isi hati ini.

Bumi mana yang tidak ditimpa hujan,
Lautan mana yang tidak bergelora,
Hati mana yang tidak terluka,
Kerana Cinta yang semakin jauh dan pudar.

Meski hati semakin tercalar,
Bukan pengakhiran semata-mata,
Terus mengharapkan cinta kembali,
Hingga jatuhnya titisan air mata.

Bahagia yang mula dirasa,
Semakin hilang dibawa pergi,
Duka yang sepi mencari,
Akhirnya tiba di dalam hati.

Kerana sayang relakan pergi,
Berkecailah harapan dan juga hati,
Teruskan kehidupan dengan tangisan,
Menutup segala rasa dan perasaan.

Detik berlalu meninggalkan hati,
Sebuah kebahagiaan diselubungi kesedihan,
Mencemarkan hati dan perasaan,
Dengan fikirkan yang menjatuhkan.

Percayalah diri kuatlah hati,
Menjauhi kesepian dan kedinginan,
Mencapai cinta Abadi dan Hakiki,
Menuruti kebaikan dan keyakinan.

Biarkan tangisan itu berlaku,
Andai puas merasakan begitu,
Biarkan luka dibawa air mata,
Akan tiba bahagia di dalam jiwa.

Tangisan ini bagaikan mutiara,
Yang ikhlas dalam bercinta,
Andai jodoh kembali bersua,
Jika tidak sahabat selamanya.

Kekuatan ada di sudut hati,
Melawan setiap kesedihan,
Hati dirobek menjadi keemasan,
Kehidupan duka menjadi suka.

- A Z I -

2015


Bismillahirrahmanirrahim
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah kerana memberi kita peluang untuk meneruskan kehidupan di tahun baharu masihi. Semoga tahun baharu ini akan lebih indah dalam setiap suka dan duka mengharungi liku-liku kehidupan yang serba mudah dan senang di zaman yang semakin meningkat ke arus kemodenan. Setiap susah dan senang dalam tahun sebelum kini menjadi satu kenangan buat kehidupan masing-masing. Memperbetulkan setiap kesilapan yang telah dilakukan, berubah menjadi yang lebih baik dan mengejar keredaan Allah di dunia ini supaya mencapai kejayaan dunia dan akhirat. Buangkan segala keburukan. Yakin dan percaya pada diri dan tepiskan semua anasir-anasir negetif yang orang lain sampaikan. Kekuatan kita ada bersama Allah. Tiada istilah menyerah sebelum berjuang dalam kehidupan ini. Tiada istilah berputus asa sebelum berusaha. Percayalah! Sesungguhnya manusia mempunyai kekuatan yang cukup untuk menghadapi segala kesusahan di dunia ini. Hanya memohon kepada Allah. Allah itu Maha Mendengar. Hanya percaya dan yakin. Kita tidak pernah beseorangan kerana Allah sentiasa ada menemani kita dalam bahagia dan duka kita. Setianya Allah kepada kita.

Sempena 2015 ini iaitu Tahun Baharu Masihi, berubahlah. Setiap apa yang kita lakukan dengan ikhlas kerana Allah, sudah dikira sebagai kebaikan. Walaupun hanya memasak tetapi ikhlas kerana Allah, ia dikira kebaikan. In Shaa Allah, kita buang yang keruh, ambil yang jernih. Biarkan luka meninggalkan diri supaya bahagia terus mendekati. Selamat Tahun Baharu! Berubah ke arah kebaikan. Allahu.. Selamat Beramal. :)